Monday, 1 August 2011

CERITA SEORANG USTAZAH

CERITA SEORANG USTAZAH
-USTAZAH SITI HANIM BINTI HAJI RAMLI-
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL WAHIDAH BT MOHD HISHAM
2011434128
GROUP ACD1Fz
program : diploma sistem maklumat perakaunan
tarikh hantar: 2 ogos 2011



Isi kandungan
1.  LATAR BELAKANG
2.  PENGALAMAN PAHIT DAN MANIS
3.  NASIHAT!!
4.  GAMBAR BERSAMA USTAZAH
5.  PENUTUP



Bismillahirahmanirahim.
 Assalamualaikum
 Kepada pembaca pembaca  yang dikasihi sekalian. Blog ini di reka khas oleh Ustaz Abd Harjin buat pelajar-pelajarnya untuk menulis blog yang berguna kepada pembaca di luar sana. 
Blog ini dediksi khas buat ustazah yang amat saya bangga dan sayangi, iaitu Puan Siti Hanim Binti Haji Ramli.
Latar belakang diri beliau.
Nama penuh beliau ialah Siti Hanim Binti Haji Ramli.Sungai Besar iaitu yang terletak di Selangor merupakan tempat kelahiran beliau.Pada 10 Januari 1986 beliau dilahirkan.Beliau telah mendapat pendidikan agama sejak kecil lagi Beliau merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya.Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama sembilan tahun. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam mengajar ilmu ilmu agama seperti tasawuf, Pendidikan Islam dan lain lain. Kini beliau telah bejaya dalam hidupnya dengan mempunyai kelulusan akademik iaitu Sarjana Muda Pendidikan Islam di Universiti Malaya pada tahun 1992.Kemudian beliau mengaplikasikan kelulusan yang diterima itu dengan mengajar di Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh pada tahun 1992 sehingga 1995.Di sekolah itu beliau mengajar matapelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam.Selepas tahun 1995 beliau telah bertukar sekolah iaitu ke Sekolah Bantuan Kerajaan Majlis.Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1996 hingga 1997.Setelah itu beliau mengajar sempat mengajar sebentar di Sekolah Agama Islam Sarawak dan kemudian beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Seri Desa, Tanjung Karang.Di sekolah ini juga beliau Cuma sempat mengajar selama setahun sahaja.Kemudian beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seraya.Di sekolah ini beliau mula mengajar dari tahun 1999 sehingga sekarang. Sekolah Taman Seraya, itulah tempat di mana saya menuntut dan saya banggakan kerana guru gurunya yang amat prihatin dan penyayang. Kata ustazah, beliau banyak bertukar tempat mengajar kerana mengikut suaminya.
Dalam sembang yang panjang bersama beliau, saya sempat juga bertanya padanya mengenai waktu beliau menamatkan zaman bujangnya.Ustazah siti hanim telah menamatkan zaman bujangnya pada umur 27 tahun.Lelaki yang bertuah tersemat dalam hatinya ialah Encik Ahmad Taufik Bin Jamil.Encik taufik ini bekerja sebagai Doktor Perubatan Islam di HUKM mulai 1999 sehingga sekarang.Kini, ustazah dan juga suami telah mempunyai empat orang cahaya mata.Beliau mempunyai keluarga yang sangat bahagia dan harmoni kerana beliau mempunyai dua orang puteri dan dua orang putera. Masing masing diberi nama yang sangat indah iaitu yang sulungnya bernama Hanani Binti Ahmad Taufik; 14 tahun, kedua iaitu Hidayah Binti Ahmad Taufik;12 tahun, seterusnya yang ketiga iaitu Ahmad Zaim Bin Ahmad Taufik;9 tahun, dan yang bongsu bernama Ahmad Hazim bin Ahmad Taufik;7 tahun.




Puan Siti Hanim berhasrat untuk menyambung pelajarannya untuk mendapatkan MASTER.Lalu beliau telah menyambung pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2006, beliau telah mendapat pangkat MASTER dalam jurusan Pendidikan Islam. Semasa menuntut pada tahun 1990, beliau pernah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik dalam fakulti.Dalam perbualan kami itu saya ada juga bertanya mengenai cita-citanya semasa beliau kecil dahulu.Lalu beliau berkata beliau sebenarya ingin menjadi seorang pensyarah. Namun, pada ketika itu, katanya peluang menjadi pensyarah sangat tipis kerana sudah mencukupi namun peluang untuk menjadi seorang guru  sangat luas kerana saat itu guru sangat diperlukan. Lalu beliau memohon  untuk menjadi seorang guru dan Alhamdulillah beliau Berjaya mendapat profesyen itu. Kata beliau kita ini manusia cuma mampu merancang dan yang menentukan semua cuma DIA di atas sana.Di bidng pekerjaan yang diceburi oleh beliau sekarang, jasa beliau amat dihargai kerana beliau sering di beri Anugerah Guru Cemerlang.Saya juga ada bertanya soal perkara yang beliau gemar lakukan pada masa lapang, ternyata ustazahku ini amat gemar menanam pokok-pokok herba dan bunga-bunga.Katanya tumbuhan yang kita tanam ini mampu menyehatkan dan menyegarkan tubuh badan.Jadi beliau juga mempunyai hasrat untuk mempunyai sebuah ladang tanaman herba.Beliau juga amat berhasrat dapat membuka sebuah kedai yang menjual bunga-bunga.Saya berharap dia dapat mencapai impiannya itu.
PENGALAMAN PAHIT DAN MANIS BELIAU SEBAGAI SEORANG USTAZAH.
PENGALAMAN MANIS
Ustazah Siti Hanim ini merupakan ustazah yang amat diminati dan disayangi oleh anak-anak muridnya kerana sikap penyayang dan sikap ramahnya yang membuatkan kami sebagai murid amat selesa dengan beliau.Kata beliau, pengalam manisnya sangat banyak namun ada beberapa pengalamannya itu amat bermakna sepanjang beliau bergelar seorang ustazah.Berpeluang mengenali pelajar yang mempunyai pelbagai kerenah membuatkan beliau berasa sangat gembira dan bahagia.Hal ini kerana, beliau mampu belajar dengan lebih dalam soal perasaan dan tabiat remaja pada masa kini.Beliau ada menyebut yang setiap pelajar yang pandai, lemah atau main-main dalam pelajaran mempunyai perbezaan dari segi mental dan rohaninya.Kata beliau lagi, beliau amat suka apabila dapat bekenalan dengan keluarga pelajar.Bagi dirinya, berkenalan dengan keluarga pelajar dapat membantu beliau mengenali seseorang pelajar itu dengan lebih mendalam lagi.Selain itu, ianya mampu menambahkan jumlah kawan dalam hidup.Beliau ini merupakan seorang ustazah yang ramah dan amat gemar berkawan sambil bertukar pandangan. Pada beliau kawan itu penting dalam hidup kerana dengan adanya kawan kita akan rasa gembira dan saat kita terlupa atau terleka mereka mampu menyedarkan kita selain suami atau mak ayah kita. Beliau juga ada menyatakan bahawa beliau amat berasa geli hati melihat kerenah-kerenah muridnya terutama yang baru mula menuntut di peringkat menengah.Hal ini kerana mereka tidak biasa menguruskan masa dan diri mereka ketika berada di tahap satu.Di sekolah itu, terdapat dua sesi iaitu sesi pagi untuk pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima dan pada sesi petang pula untuk pelajar Tingkatan Satu, Tingkatan Dua, Tingkatan Tiga.Beliau biasanya didatangi oleh pelajar Tingkatan Satu.Pelajar-pelajar ini diberi nasihat dan tunjuk ajar oleh beliau untuk menguruskan masa.Kata beliau, biasanya pelajar-pelajar ini takut untuk keluar menunaikan solat, kerana pada ketika itu waktu solat masih belum lagi ditetapkan oleh pihak sekolah.Jadi, setelah ramai murid dating mengadu padanya, beliau bertindak dengan mencadangkan pada pengetua sekolah untuk mengadakan beberapa program khas untuk pelajar-pelajr petang.Antaranya ialah menetapkan masa solat, mengadakan program motivasi sebelum masuk ke kelas dan macam-macam lagi.Di sekolah itu, beliau memegang jawatan sebagai Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan.Setiap aktiviti yang berkaitan dengan kemanusiaan terutama sekali bagi subjek Pendidikan Agama Islam, Tasawuf dan Pendidikan Sivik Kewarganegaraan adalh diuruskan oleh beliau.
Kata beliau lagi, beliau amat bangga dengan seorang  muridnya yang bernama Azura Azizul Azman iaitu pengacara program Wanita Hari Ini(WHI). Beliau berkata yang Azura ini merupakan seorang pelajar yang petah bercakap.Bagilah apa-apa perkataan pun, Azura pasti mampu bercakap mengenai perkara itu dengan lengkap dan padat.
NUR AZURA AZIZUL AZMAN
PENGALAMAN PAHIT
Buat beliau, pengalaman pahit menjadi ustazah merupakan perkara biasa kerana itu fitrah kita sebagai manusia.Pengalaman pahit yang pernah beliau lalui ialah apabila ada anak muridnya yang melibatkan diri dalam kegiatan yang haram seperti melakukan hubungan seks rambang, ponteng sekolah sesuka hati dan merempit.Kata beliau memang sedih apabila anak murid yang kita didik tidak menjadi manusia.Oleh itu beliau amat berpegang pada prinsip ini iaitu “kita perlu mendidik anak orang itu sebaik yang mungkin kerana pada suatu masa nanti mungkin anak kita akan dididik oleh anak murid kita sendiri”. Pada mulanya saya memang tidak berapa faham dengan prinsipnya ini kerana agak sulit ayatnya, tapi dia menerangkan bahawa nanti di masa hadapan mungkin ada anak murid kita ini yang akan menjadi pengajar dan mungkin akan mengajar generasi  akan datang. Jadi beliau berharap dapat mengajar anak muridnya dengan penuh jaya agar anak muridnya mampu menjadi manusia yang berguna buat agama, bangsa, dan juga Negara.

NASIHAT !!!
·         Beliau berkata kepada saya agar belajar bersungguh sungguh . Beliau juga berkata "mencari intelek muslim bertakwa di dunia sekarang ibarat mencari gagak putih di tengah gagak hitam...pastikan kita generasi yang meredah jalan-jalan perjuangan menuju destinasi iaitu KEREDHAAN ALLAH".
ringkas namun cukup terkesan...kerana itulah rencam utama sebagai MAHASISWA ISLAM.....sama-sama kita fikirkan.....
terima kasih,cikgu.....
·         Nasihat yang kedua ini, beliau petik dari buku ‘nasihat seorang guru’. Nasihat yang beliau berikan kepada saya ini merupakan nasihat IMAM GHAZALI kepada anaknya. Beliau menyuruh saya hayati nasihat ini agar pada masa akan datang kita Insya Allah tidak akan tersesat atau lupa diri:

"Anakku!Seluruh nasihat orang-orang terdahulu dan sekarang telah terkandung dalam ucapan Rasulullah SAW yang tertulis untuk seluruh manusia. Setiap nasihatnya memiliki faedah yang sempurna, salah satunya hadith berikut: "Tanda kebencian Allah kepada seorang hamba adalah dengan menyibukkanya kepada sesuatu yang tidak berguna, meskipun persoalan yang menghabiskan sebahagian usianya tersebut tidak pantas dikerjakan. Sehingga sudah selayaknya jika kerugiannya akan semakin memanjang. Barangsiapa telah melampaui usia empat puluh tahun, tapi kebaikannya tidak mengalahkan keburukannya, maka bersiap-siaplah menuju neraka. " Anakku! Memberi nasihat itu mudah, tapi untuk menerima dan mengamalkannya sangatlah sulit.Sebab bagi mulutnya (orang yang hidupnya untuk nafsu) terasa sangatlah pahit.Sementara hal-hal yang dilarang umumnya sangat disukai, terutama orang yang mencurahkan keinginannya dalam menuntut ilmu untuk memperoleh pengakuan, keutamaan, kemahiran dan sebagainya, agar mendapat kemegahan dan kemuliaan duniawi.Kita berlindung kepada ALLAH dari sikap semacam ini.Sebab tujuan mereka adalah memperoleh ilmu tanpa keinginan mengamalkannya. Mereka tidak menyedari bahawa ilmu tersebut akan menjadi bukti yang memberatkannya. Imam Ahmad dan Baihaqi meriwayatkan dari Manshur bin Zadzan, dia berkata, " Telah sampai sebuah riwayat kepada kami bahawa orang alim yang tidak mahu memanfaatkan ilmunya akan diteriaki oleh penduduk neraka kerana bau busuk tubuhnya. Penghuni neraka bertanya kepadanya, "Hai orang kotor, apa yang telah kamu lakukan, kamu telah menyeksa kami dengan bau busukmu.tidakkah kamu tahu, sudah cukup seksaan dan keburukan yang menimpa kami ini?" Orang alim itu menjawab,:"Dulu aku adalah orang alim, tapi ilmuku tidak bermanfaat."



Anakku! Hendaknya kamu tidak menjadi orang yang bankrup dari amalan dan kosong dari Al- Ahwal (riyadhah) serta makna-makna yang agung.Yakinilah dengan seyakin-yakinnya, bahawa ilmu sahaja takkan boleh menolongmu di hari kiamat kelak. Hal ini akan menjadi jelas bagimu dengan tamsil..Bukanlah kamu telah tahu, jika seorang pendekar yang sedang berjalan di tempat sepi dengan membawa sepuluh pedang, belati dan panah yang sangat tajam, tiba-tba bertemu seekor singa.Apakah senjata-senjata tersebut boleh menolongnya jika tanpa dipergunakan? Dengan pasti kamu akan menjawab tidak bermanfaat, sehingga dia menggunakannya. Ketahuilah mendapatkan ilmu dan mengumpulkan kitab-kitab yang banyak tidak akan mendatangkan faedah untukmu selama kamu tidak mempergunakannya. Anakku! Jika kamu tidak bersiap-siap untuk menyambut rahmat ALLAH yang Maha Agung dengan amal soleh, maka rahmat tersebut tidak akan sampai kepadamu. Anakku! Jadikan seluruh keadaan dan ucapanmu sebagai hal yang diperintahkan serta selaras dengan syariah dan yakinlah bahawa jalan menuju ALLAH tidak akan boleh kamu tempuh dengan amalan yang tidak diperintahkan, kecuali jika kamu menuju dengan bermujahadah. Jika kamu mengaku boleh sampai ke jalan tersebut dengan memperlihatkan ucapan lembut, kekosongan hari dan waktu (dari amalan duniawi) dan kefasihan lidah, sementara qalbu tetap melekat kepada syahwat dan kelalaian maka hal itu merupakan tanda kecelakaan dan kesesatan. Jika kamu tidak menundukkan nafsu dan keinginan dengan jalan mujahadah serta menjadikannya patuh di bawah syarak, maka qalbu tidak akan hidup dengan cahaya makrifat.

Kerosakan yang ditimbulkan oleh perbuatannya lebih banyak daripada pembaikan yang disebabkan ucapannya.Kerana biasanya orang bodoh mencintai dunia setelah melihat si alim cinta pada dunia.Ilmu pengetahuan yang dimilikinya, menjadi faktor yang menyebabkan para hamba beranai bermaksiat padaNya.Nafsunya yang bodoh tertipu, tapi masih berangan-angan dan harapan padaNya. Bahkan, ia mengajaknya untuk mempersembahkan sesuatu untuk ALLAH dengan ilmunya. Nafsu tersebut membuatnya beranggapan bahawa ia lebih baik dibandingkan dengan makhluk ALLAH yang lain. Maka dari tu, jadilah engkau termasuk golongan yang pertama.Waspadalah agar tidak menjadi golongan kedua kerana betapa ramai orang yang menunda-nunda, ternyata ajalnya tiba sebelum bertaubat sehingga akhirnya rugi dan kecewa. Lebih dari itu, waspadalah! Jangan sampai engkau menjadi golongan ketiga kerana engkau betul-betul akan binasa, tidak mungkin selamat dan bahagia.

Apabila engkau bertanya: "Apa permulaan dari hidayah tersebut sehingga aku boleh menguji diriku dengannya?" Maka ketahuilah bahawa hidayah bermula dari ketakwaan lahiriya dan berakhir dengan ketakwaan batiniah.Tidak ada balasan kecuali dengan takwa dan tidak ada hidayah kecuali bagi orang-orang bertakwa.

(Al-Ghazali)

Akhir kata dari beliau buat saya iaitu “ GURU JUTAWAN AKHIRAT”.
Sebelum beliau meninggalakan saya untuk mengajar, beliau berkata bahawa GURU MERUPAKAN JUTAWAN AKHIRAT kerana pekerjaan sebagai guru bukanlah satu profesyen yang menguntungakan ketike di dunia ini tetapi ianya amat untung ketika di akhirat kelak kerana Allah SWT amat meninggikan martabat seorang guru. Oleh itu, kita harus ikhlaskan jiwa dan raga kita jika kita ingin menjadi seorang pengajar, bukannya memilih profesyen ini kerana profesyen ini lebih mudah dari profesyen lain. Kata beliau lagi di dalam dunia ini tiada perkara yang mudah tanpa usaha.Kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta mencapai keredhaan-NYA.


GAMBAR BERSAMA USTAZAH SITI HANIM.

PENUTUP

Di sini saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan buat USTAZAH SITI HANIM kerana sudi membantu saya untuk menjayakan projek ini.Tanpa ustazah mungkin saya tidak mampu menyiapkan projek ini dengan jayanya. Buat ustazah yang tercinta, di sini saya ingin menyatakan bahawa jasa mu akan ku kenang sepanjang masa sehingga mata ini tertutup. Moga Allah merahmati dan meredhai kehidupan ustazah di dunia dan juga di akhirat kelak.

 Buat ibu bapa dan juga kawan-kawan , terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya semasa saya ingin menulis blog ini. Buat pensyarah saya iaitu USTAZ ABD AZIZ HARJIN, terima kasih kerana mengajar saya dan rakan-rakan dan memberi tunjuk ajar atau cara untuk kami melaksanakan projek ini. Jasa ustaz akan saya kenang selamanya.
Sekian terima kasih.